About Us

Lizdania diasaskan oleh pasangan adik beradik iaitu Rosliza dan Hamdan . Nama lizdania ini terhasil dari gabungan nama 2 pengasas dan ibubapa kami . Kepakaran kami ialah membantu wanita-wanita muslimah untuk tampil anggun dan bergaya tanpa mengabaikan aspek-aspek syariah dengan tudung-tudung kami yang labuh menutupi dada dan selesa pada wajah .

Kami hanya memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan kira-kira beberapa tahun yang lalu dengan hanya menjual di kilang-kilang dan menumpang sebagian kedai rakan . Melihat kepada perkembangan yang baik dalam industri ini dan berkat sokongan berterusan daripada pelanggan tetap , kami mengambil keputusan untuk membuka butik pertama kami pada Januari 2013 .

Di peringkat awal pembukaan butik, kami hanya menjual secara offline di butik dan menggunakan medium pemasaran online seperti facebook dan blog untuk mengemaskini tudung terbaru dan berhubung dengan pelanggan atas talian kami.

Setelah lebih setahun menggunakan cara seperti itu , demi memudahkan dan menyenangkan pelanggan-pelanggan atas talian membuat pembelian , kini kami telah membangunkan website kami sendiri iaitu www.lizdania.com.my .

Selain itu pihak kami juga bekerjasama bersama tudung2u iaitu satu platform bagi memasarkan tudung-tudung kami , di mana terdapat pelbagai jenis tudung yang di pasarkan di platform ini, termasuklah tudung dari butik kami.

Kami juga berkongsi rezeki yang datang dengan agen-agen dropship kami yang berada di seluruh Malaysia . Dengan adanya mereka kami juga dapat meluaskan lagi channel pemasaran dan jualan kami .

Alhamdulillah setelah hampir 5 tahun berada dalam industri ini , tudung-tudung kami telah berjaya di pasarkan ke seluruh Malaysia , Brunei dan Singapura . Kami berharap dengan adanya tudung-tudung kami , ia dapat membantu para wanita di luar sana untuk tampil lebih anggun dan bergaya seiring peredaran arus fesyen perdana tanpa mengabaikan aspek-aspek syariah .
Akhir kata , beri peluang kepada kami , LIZDANIA untuk menjadi sebahagian dari CORETAN TERINDAH HIDUP ANDA . Doakan kami untuk terus berada dalam industri ini untuk sama-sama menambah nilai lebih ramai wanita di luar sana. Buat semua pelanggan-pelanggan kami , jutaan terima kasih di ucapkan di atas sokongan anda yang tidak berbelah bagi dari hari pertama kami beroperasi , walaupun pelanggan datang dan pergi silih berganti , tapi anda-anda semua sangat-sangat dihargai .

Sekian, Terima Kasih.


Founder of Lizdania .

No comments:

Post a Comment

KISAH PENIAGA PICISAN

Hari yang agak sibuk hari ni, dari mula masuk ofis sehinggalah sy balik , alhamdulillah hari yang agak produktif dan masa yang berlalu tidak...