Wednesday, 6 September 2017

KISAH PENIAGA PICISAN

Hari yang agak sibuk hari ni, dari mula masuk ofis sehinggalah sy balik , alhamdulillah hari yang agak produktif dan masa yang berlalu tidak terbuang begitu saja, dipenuhi dengan pelbagai tugasan.

Hari ni juga saya berpeluang untuk beramah mesra dengan pelanggan yang datang ke butik, syukur dpt kenal pelanggan-pelanggan, biasa banyak masa sy kat dlm ofis jer. Hari ni ada dua pelanggan yg sempat saya bertegur sapa dan berbual , dari dua dunia yang berbeza, seorang pendidik dan seorang peniaga durian di Lebuh Raya Timur Barat, ini menunjukkan butik Lizdania dan juga koleksi tudung yang ada di butik kami dapat memenuhi keinginan yang pelbagai dari pelanggan yang berlainan profesion.

Untuk guru tadi dia pilih 4 helai tudung Eema yang agak sesuai dengan profesion perguruannya , dengan tahap kualiti terbaik yang pihak kami tawarkan, tudung ni memang sesuai dipakai untuk tugas seharian yang panjang .



Puan peniaga durian tu pula dia pilih dua jenis tudung iaitu tudung bawal damia dari material cotton dan juga sehelai shawl darleena dari material chiffon bubble, pilihan yang amat tepat untuk cik puan tadi kerana material yang dipilih sangat selesa untuk digayakan dengan keadaan cuaca di negara kita.



Sekian saja untuk hari ini , dah hampir maghrib, balik rumah dulu, siap2 malam ni saya ada dinner dgn dua rakan baik, iaitu Rusrina my bambam , antara rakan terawal yg sy kenal saat saya pindah balik ke kelatan dan juga Fatin , kawan baru yg sy kenal dlm tahun ni, org yg ceria dan baik.

Ok uolls sy nak siap2 ni, sehingga kita berjumpa lagi . Muahhhh ciketttt.

Ikhlas dari,

Hamdan Ali - Lizdania

Tuesday, 5 September 2017

COLOUR UPDATE SHAWL DARLEENA PREMIUM

Color Update #shawldarleenapremium
 FLORAL WHITE
 WHEAT
 BEIGE
 LIGHT PINK
 AQUA MARINE
 LIGHT BLUE
 SILVER
 MEDIUM ORCHID
 BLACK
 NAVY BLUE
p/s ada 3 jenis bunga berlainan , KEKWA,ROSE & TULIP
BERMINAT WS KE
👍 3 HELAI RM100 (FREE POS SEMENANJUNG MALAYSIA)
👍 3 HELAI RM100 (FREE POS SEMENANJUNG MALAYSIA)






PERKHABARAN AIDILADHA

SALAM , APA KHABAR SEMUA #lizdanialover #lizdania

Dah lama rasanya sy x berupdate kat sini , alhamdulillah masih ada menjalankan rutin2 harian di butik seperti biasa, dua hari ni agak busy kemas2 butik setelah bercuti panjang untuk aidiladha. Semalam kami mula beroperasi sepenuhnya.
.
Minggu yang agak busy dengan persiapan untuk koleksi2 terbaru, untuk tudung eema , in shaa allah minggu depan akan sampai stok2 terbaru khas untuk anda.
.
Untuk koleksi terbaru #shawldarleena juga masih dlm proses, in shaa allah soon, nanti sy akan update.
.
Selain itu saya juga agak busy menguruskan projek terbaru kami di mana , Lizdania akan dijadikan sebagai hub hijab di kawasan Jeli, iaitu kami akan mengumpulkan beberapa jenama tudung terkenal di bawah satu bumbung, saya buat mcm ni adalah untuk menyenangkan masyarakat sekitar sini shopim2 tudung2 terbaik. In shaa allah kita permudahkan urusan orang, tuhan akan permudahkan urusan kita.
.
Saya juga sedang buat persiapan untuk SHOCKING SALES , di mana ini adalah kolaborasi terbaru antara LIZDANIA X SHOPEE .
Tapi untuk pelanggan2 online kesayangan saya , anda masih tetap di hati, banyak membantu menaikkan Lizdania sehingga dikenali oleh pihak luar, Alhamdulillah pelanggan kami sudah ada di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura .
.
DENGAN RASA RENDAH DIRI DAN PENUH HORMAT, SAYA SECARA PERIBADI INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA ANDA SEMUA #lizdanialover , SENTIASA MENYOKONG SAYA DARI HARI PERTAMA KAMI BERMULA SEHINGGA KE HARI INI , SY HARAP SOKONGAN ANDA AKAN BERTERUSAN SELAMANYA .

Ikhlas dari,
Hamdan Ali

KISAH PENIAGA PICISAN

Hari yang agak sibuk hari ni, dari mula masuk ofis sehinggalah sy balik , alhamdulillah hari yang agak produktif dan masa yang berlalu tidak...